Saturday 21 September 2013

Benarkan kecantikan dan kesihatan kulit memberi keyakinan kendiri?

Cantik sesuatu yang subjektif yang merangkumi pelbagai aspek dan pecahan. Ianya mempunyai pelbagai tafsiran dan perbezaan pendapat serta pandangan bagi setiap individu.

Kesihatan kulit mempengaruhi pecahan dalam kecantikan. Kesihatan kulit yang baik adalah berseri bercahaya dari dalam keluar yang menampilkan kebersihan kelicinan kehalusan kelembapan dan bebas cela seperti jerawat parut juga pigmentasi.

Kesihatan dan kecantikan kulit akan semakin menyusut dapat dilihat bila usia semakin meningkat kurangnya penjagaan serta sering terdedah kepada pencemaran dan tindakan radikal bebas. Kemerosotan ini juga boleh mempengaruhi dan menganggu keyakinan atau semangat kendiri seseorang individu, lantara ianya membuatkan seseorang individu mudah marah, suka menyendiri, sukar menyesuaikan diri, merasa malu, mudah berputus asa serta anti sosial.

Keadaan ini akan semakin teruk sekiranya tidak dikawal atau tidak dibantu dengan segera. Bimbang memudaratkan diri dan membawa kepada kemurungan juga tekanan perasaan sekali gus memusnahkan keyakin kendiri untuk terus bangkit.

Setiap masalah pasti ada jalan keluarnya. Penyelesaiannya dengan sokongan moral dan kekuatan mental untuk berubah dan lebih yakin. Shaklee produk menyarankan Set D, set kecantikan yang mengandungi Vitamin C, Vitamin E dan Bcomplex yang membantu mengurangkan tekanan serta membantu mengawal emosi juga membantu melembutkan saraf.

Bila emosi dan tekanan dapat dikawal ianya mewujudkan kegembiran kecantikan dalaman yang memberi kesan keserian pada kulit luaran. Manakala Vitamin C dan Vitamin E membekalkan nutrisi, membantu membentuk semula kolagen serta membantu memulihkan kulit untuk tampak lebih jelita.

Maka benarlah kecantikan dan kesihatan kulit membina serta memberi keyakinan kendiri seseorang individu.

Ingin mencuba produk ini?
Ingin maklumat lanjut berkaitan set budget?

Hubungi kami
@call/whatsapp 012-2358294
@email : iza.batrisya@gmail.com
@http://facebook.com/healthlense
@instagram : jinggalemon

Hanya pelanggan yang membeli melalui kami sahaja akan mendapat consultancy percuma sepanjang hayat.

**penafian produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.





  


Wednesday 4 September 2013

Usia dan penuaan kulit tidak dapat dipisahkan. Tapi bolehkah mengembalikan keremajaan kulit walaupun usia meningkat?

TAHUKAH anda usia bukan penghalang untuk tetap cantik dan menawan. Walaupun anda telah berusia tetapi dengan memiliki kesihatan yang baik dan kulit yang sihat anda akan tetap tampil jelita, awet muda dan berkarisma.

Selangkah awal untuk mengembalikan keremajaan kulit dengan pengambilan suplemen yang benar-benar berkesan, selamat dan semulajadi.

Suplemen yang terbaik adalah Vivix, Collagen powder dan vitamin C membantu meremajakan kulit tanpa pembedahan, suntikan dan rawatan laser yang menyakitkan dan menghabiskan beribu ringgit.

Pengambilan suplemen seawal usia 20an dapat membantu mengekalkan kolagen dan menghasilkan kolagen untuk kulit sihat dan muda remaja, kerana usia seawal 20an adalah risiko pengurangan kolagen semakin meningkat dan risiko mendapat kulit bermasalah dan penuaan kulit semakin ketara.

Vivix sirap merah yang mampu menolong melambatkan penuaan pada tahap sellular, dengan melindungi dan membaiki sellular DNA, memberi impak positif kepada pengawalan genetik, menggalakkan biogenesis pembentukkan baru mitochondria dan melambatkan pembentukkan protin AGE (Advanced Glycation End products).

Selain untuk melawan penuaan sellular Vivix juga menolong membantu menyokong dan memelihara kesihatan jantung, kesihatan otak, kesihatan sistem imun, kesihatan sendi, perlindungan antioksida, peningkatan tenaga pada tahap sellular serta meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan hidup.

Semakin kita menua, tubuh kita semakin kurang dan kurang menghasilkan kolagen. Ini mengakibatkan lebih banyak kedutan dan garis halus, disamping kulit yang semakin kendur. Umur atau usia bukanlah hanya satu faktor yang menyebabkan kekurangan kolagen didalam tubuh. Kerosakan kolagen juga boleh dipercepatkan dengan faktor luaran seperti matahari, radikal bebas, air, merokok dan sebagainya.

Lantaran itu Shaklee Collagen Powder, mampu membantu kulit kita mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedutan. Kolagen bermanfaat membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula, menjadikan kuku lebih kuat dan mengekalkan warna yang sihat, menghilangkan jeragat, menghilangkan tanda penuaan serta melembabkan kulit, menganjal dan menegangkan kulit serta mengurangkan parut dan mempercepatkan penyembuhan.

Selain itu kebaikan kolagen membantu menguatkan tulang dan mengurangkan kerapuhan tulang. Membantu mengurangkan kesakitan dan geseran disendi, membantu mengekalkan otot mata supaya tetap anjal dan memastikan kolagen membantu membekalkan nutrisi kepada otak agar minda tetap berkeadaan baik semakin kita menua.

Selain daripada Vivix dan Collagen powder, Vitamin C juga boleh membantu mencantikan kulit, melambatkan penuaan, mencerahkan kulit dan menyekat pembentukan pigmen. Ia juga membantu merangsang pembentukkan kolagen dengan menguatkan otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.

Manfaat tambahan pengambilan Vitamin C membantu memperbaiki simptom pendarahan, peningkatan sistem imun, memerangi kanser, memperbaiki insomnia dan mengekalkan kolesterol sihat serta mengurangkan darah tinggi.

Vivix sebagai pemangkin yang kaya dengan  kolagen dan antioksida yang kuat yang membantu menghalang penuaan sellular yang membuatkan anda merasa 25 tahun lebih muda dari usia sebenar. Manakala Collagen Powder sebagai kolagen tambahan yang membantu tubuh untuk terus membina semula serat kolagen bagi menggalakkan penghasilan kolagen pada lapisan dalaman kulit yang membantu menegang menganjal mengurangkan garis halus dan mencerah kulit. Vitamin C semulajadi merupakan antioksida dan membantu pembentukkan kolagen kulit menjadikan kulit bersih lembab dan terhindar dari radikal bebas.

3 produk diatas adalah antara produk paling ideal untuk menjaga kesihatan kulit, melewatkan penuaan dan menentang penyakit akibat kesan penuaan. Langkah antipenuaan bermula di peringkat sel tubuh. Dengan memiliki sel-sel tubuh yang sihat, sudah pasti badan turut menjadi sihat dan awet muda!

Jadi tidak mustahil untuk muda remaja walaupun telah berusia jika tahu rantaian penuaan yang perlu dijaga dan diberi bantuan.

Ingin mencuba produk ini??
Ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai produk.
Ingin mendapatkan tip-tip dan info percuma.

Klik & Like link berikut : Health Lense

Hubungi kami di
@call/whatsapp 012-2358294
@email : iza.batrisya@gmail.com
@Add FB saya http://facebook.com/iza.batrisya untuk chating secara langsung
Berikut beberapa testimoni pengguna yang berpuashati dengan produk ideal kami






 




Penafian : Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.   

Monday 2 September 2013

Anak Terlebih Manja

Syukur Alhamdulilah dikurniakan cahaya mata atau anak bagi pasangan yang sudah berkahwin atau berumahtangga.

Anak permata hati dan pengikat kasih sayang antara pasangan suami dan isteri. Jika tiada anak pasti rasa kosong atau sunyi rumahtangga. Kehadiran seorang cahaya mata dalam rumahtangga umpama satu keseronokkan dan kegembiraan yang tak terhingga. Pastinya anak ini akan ditatang dan dilayan umpama minyak yang penuh.

Bagi pasangan yang mempunyai anak yang ramai pasti tak menang tangan menangani kerenah anak-anak yang bermacam-macam ragam tapi bersyukur kerana mereka pelengkap kehidupan anda.

Anak terlalu manja ada kalanya membuatkan ibu bapa letih atau rimas dan kadang kala boleh membuatkan ibu bapa mudah berang atau naik marah. Antara ciri-ciri anak yang terlalu manja ialah mudah merajuk, mudah menangis, cepat marah dan mengada-ngada bila sesuatu yang diminta tidak dipenuhi. Cepat marah bila ditegur kesalahan yang dilakukan dan adakala mencetuskan petengkaran atau sifat melawan.

Ada beberapa punca atau faktor yang menyumbang kepada anak terlalu manja antaranya :

1. Cara mendidik anak - terlalu mengikut kehendak anak dengan memberikan apa sahaja yang diminta dan melakukan perkara-perkara atau rutin harian yang sepatutnya dilakukan anak tetapi ibu bapa yang melakukannya.
2. Pemilihan sekolah - pemilihan sekolah juga memainkan peranan kerana kadang kala suasana sekolah persekitaran kawan-kawan menyebabkan anak-anak mudah lupa diri.
3. Kawan-kawan - faktor berkawan dan memilih kawan yang salah juga memainkan peranan kerana ada antara mereka yang kaya, nakal dan sewaktu yang membuatkan anak-anak mudah terikut atau terjebak dengan tingkah laku kurang baik.
4. Faktor kemewahan - terlalu memberikan kemewahan atau memberikan apa sahaja kemahuan anak tanpa mempersoalkan keperluan atau kehendak juga penyumbang kepada anak terlalu manja.
5. Terlebih perhatian - terlebih perhatian dari ibu atau bapa juga menyebabkan anak tidak pandai berdikari atau berusaha sendiri untuk membuat sesuatu atau ayat mudahnya anak tidak mahu bersusah untuk diri sendiri tetapi hanya berharap pada ibu atau bapa atau orang sekeliling untuk memenuhi kehendak mereka.
Bagi mengatasi pemasalah ini ibu bapa harus mengambil tindakan dan pendekatan yang cepat dan pantas tanpa berlengah antaranya :
1. Pendekatan kemesraan - cari masa yang sesuai luangkan masa bersama anak-anak selami minat dan sertai segala aktiviti mereka. Bincangkan dan selesaikan masalah bersama mereka, serta selitkan cerita-cerita yang mengandungi contoh dan teladan yang baik untuk memberikan panduan pada meraka.
2. Bersedarhana dalam mendidik - tidak memenuhi segala kemahuan mereka tetapi terapkan sifat berserdahana dan tidak terlalu meminta-minta dengan menerangkan faktor keperluan dan kehendak dan kesan baik dan buruk jika memenuhi semua kemahuan mereka.
3. Kenali kawan-kawan mereka - benarkan sekiranya anak-anak ingin membawa kawan-kawan datang kerumah, kenali kawan-kawan mereka dan sedikit latar belakang kawan-kawan mereka. Supaya ibu bapa tahu dengan siapa mereka berkawan.
4. Ibu bapa perlu sentiasa belajar ilmu-ilmu untuk mendidik anak terutama anak masa kini. Ibu bapa juga harus kreatif dan memberi pendekatan baru dalam mendidik anak-anak.
5. Ajak anak-anak melakukan aktiviti amal - seperti membantu dirumah-rumah anak-anak yatim atau rumah orang-orang yang kurang bernasib baik. Ini bertujuan menerapkan nilai-nilai murni supaya timbul rasa simpati kesusahan kepayahan dan sifat berdikari dalam diri mereka.
6. Pendidikan agama - mengajar anak mengenai pengetahuan agama dengan menghantar kesekolah agama juga penting agak mereka lebih mengetahui kepentingan dunia dan akhirat harus seiring dan seimbang. Supaya mereka lebih tenang dan berfikiran positif serta berdisiplin dan lebih bersyukur dengan apa yang mereka miliki sekarang. Bukan sahaja disekolah malah dirumah ibu bapa juga harus mendidik dengan amalan keagaman seperti solat berjemaah, berzikir dan bertadarus bersama-sama.
7. Latih anak berdikari - galakan anak-anak melakukan segala keperluan mereka dengan sendiri tanpa minta bantuan dari ibu bapa atau pengasuh atau orang gaji seperti mencuci pinggan selepas makan, mengosok baju, mencuci baju dan sebagainya. Ini supaya anak tidak mengharapkan atau tidak memerintah orang lain untuk kesenangan mereka dimasa depan.

Dizaman yang penuh cabaran ini marilah kita sama-sama bermuhasabah diri dan sentiasa memperbaiki kesilapan dan menambah kekurangan dalam mendidik anak-anak. Supaya kita lebih peka dan perihatin dalam soal mendidik anak-anak masa kini.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat.

Tq.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...